Tuesday, March 6, 2012

SEHATI BERILTIZAM MEMACU KEGEMILANGAN

Masjid Tanah(DUN Lendu), Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana menganjurkan Program Sepagi Bersama Pemimpin Setempat. Menurut Syed Aliwi AlQudri,Penyelaras Projek PITSM, matlamat program ini dapat mewujudkan semangat kebersamaan dalam masyarakat luar bandar serta memahami hasrat untuk membina sebuah negara yang unggul berlandaskan pendekatan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Manakala objektifnya adalah meningkatkan kesedaran komuniti ibu tunggal dan masyarakat luar bandar terhadap tanggungjawab memajukan diri, bangsa, agama dan negara,memupuk kesefahaman,permuafakatan serta toleransi ke arah pembangunan negara yng gemilang yang bersatu di bawah kepimpinan setempat dan menyemarakkan semangat ukhuwah dalam komuniti ibu tunggal untuk terus proaktif dalam menjayakan program setempat.

Negara yang cemerlang memiliki pemimpin dan rakyat yang berpotensi tinggi. Tidak kira dari pelbagai aspek. Kecemerlangan negara boleh dilihat dengan kejayaan rakyatnya yang mampu membawa negara ke mata dunia. Kejayaan itu merangkumi plbagai bidang sama ada pendidikan, perniagaan, pembangunan, teknologi dan sukan. Selain rakyatnya, pemimpin juga merupakan aset utama kecemerlangan negara. Peranan pemimpin amat penting dalam memajukan sebuah negara. Oleh itu negara yang cemerlang mempunyai pemimpin yang berkualiti. Seorang pemimpin yang berpotensi tinggi dan berkualiti dapat membawa pengikutnya ke arah kecemerlangan . Negara yang memiliki modal insan yang berkualiti, akan mencapai tahap pembangunan yang tinggi setaraf dengan antarabangsa. Kita mempunyai kekuatan terutama dalam pendidikan yang cukup berkeupayaan untuk membina diri menjadi modal insan berilmu tetapi mempunyai kualiti jati diri yang tinggi bersandarkan nilai-nlai budaya serta pegangan nilai murni yang diwarisi. Dalam memacu kegemilangan, sifat-sifat terpuji seperti amanah, jujur, kepercayaan, kebolehan dan tanggungjawab dijadikan teras dan pendekatan bagi setiap individu yang terlibat. Modal insan berkualiti mampu mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Ini kerana kualiti yang dimaksudkan ialah keseimbangan pembangunan sumber manusia dari segi duniawi dan ukhrawi. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa adalah menjadi satu tugas yang mencabar. Cabaran zaman sekarang dan akan datang, merupakan suatu amanah yang menjadikan tugas kepada semua orang. Cabaran global yang mengelilingi dunia hari ini juga semakin begitu menguji kemahiran yang dimiliki. Ia bukan sahaja menguji kemampuan dan ketahanan mental, fizikal, emosi dan rohani, malah ia menagih pengorbanan yang tidak terbatas dari segi pemikiran, tenaga, masa dan kewangan. Secara tidak langsung, Program Sehati Beriltizam Memacu Kegemilangan juga adalah selari dengan Gerakan Daya Wawasan (Daya Manusia, Daya Ekonomi dan Daya Pasaran) dengan sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan perlaksanaan pendekatan ini didasari dengan tiga(3) prinsip utama iaitu penumpuan(focus), tindakan bersepadu(intergrated) dan ketangkasan usaha(acceletated).

.

Inovasi Mencipta Kekayaan Masyarakat

Kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) dengan matlamat menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi di kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan dan mengamalkan inovasi di setiap lapisan masyarakat, semua pihak sama ada sektor awam atau swasta, individu, komuniti dan badan bukan Kerajaan mempunyai peranan untuk mencetuskan inovasi kerana inovasi merentasi pelbagai bidang dan mempunyai impak ke atas sosio-ekonomi negara. Berlandaskan berlandaskan keyakinan terhadap sains dan inovasi akan membawa kepada penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat serta lonjakan transformasi negara iaitu menjadi sebuah negara inovasi atau Innovation Nation menjelang 2020. Persatuan Gerak Inovasi Malaysia(InoMa) telah mengadakan Program Gerak Inovasi baru-baru ini bertempat di SMK Hang Kasturi Masjid Tanah, Melaka. Menurut Syed Aliwi AlQudri, Setiausaha InoMa Kebangsaan, tujuan diadakan program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan pelajar luar bandar mengenai kepentingan inovasi dalam kehidupan kita. Antara program yang dijalankan adalah ceramah mengenai inovasi, pertandingan melukis kereta inovasi masa depan dan pameran inovasi. Program ini melibatkan pelajar-pelajar SMK Hang Kasturi dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Menurut Presiden Persatuan Gerak Inovasi Malaysia(InoMa) Datuk Prof Madya Dr Abu Bakar Mohamad Diah, hasrat kerajaan membina mercu tanda bangsa berinovasi memerlukan pengisian yang signifikan dan bererti. Kerajaan melancarkan Malaysia Inovatif 2010, telah menggagaskan idea total inovation. Selaras dengan gagasan total inovation dalam membudayakan inovasi dan kreativiti ini, kerajaan ingin mengajak seluruh masyarakat untuk melaksanakan inovasi secara terangkum dan menyeluruh. Penzahiran inovasi terangkum menuntut langkah-langkah transformatif ke arah mengarus-perdanakan budaya inovasi yang merentasi semua segmen sosial dan ekonomi negara serta langkah menterjemahkan pelaksanaannya ke dalam keseluruhan aspek kehidupan rakyat tanpa mengira batas-batas fizikal dan kemanusiaan.

Masyarakat perlu disedarkan bahawa inovasi bukanlah milik eksklusif para saintis, teknologis dan ilmuan semata-mata. Inovasi terangkum menuntut suntikan inovasi dibuat ke dalam setiap aktiviti ekonomi yang melibatkan pelbagai kelompok dan lapisan masyarakat. Pewujudan ekosistem dan persekitaran yang kondusif adalah kritikal untuk memastikan budaya kreativiti dan inovasi dapat berakar umbi serta tumbuh menjalar di dalam jiwa dan sanubari setiap lapisan masyarakat. Inovasi terangkum menuntut peranan yang lebih bermakna dari pelbagai pihak - institusi penyelidikan, universiti, sektor awam dan swasta, pihak industri serta rakyat jelata, termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana, petani dan nelayan.

Penggemblengan usaha padu ke arah penerokaan dan penjanaan kreativiti dalam melahirkan inovasi dan penciptaan nilai tambah amat diperlukan untuk menjayakan agenda ekonomi negara. Usaha-usaha dipergiatkan untuk mewujudkan government-comunity linkage yang menekankan strategic collaboration di antara tenaga pakar-pakar dan penyelidik-penyelidik di institusi-institusi pengajian dan agensi Kerajaan. Pendekatan ini amat penting dalam usaha menjana dan mencambah inovasi secara bersepadu bagi memesatkan lagi pembangunan dan kemajuan negara.

Jadikan Inovasi Satu Budaya Kehidupan

INOVASI adalah perubahan cara berfikir untuk mendapatkan hasil atau produktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa. Ia bukan hanya berkaitan sains dan teknologi semata-mata. Inovasi dan kreativiti sebenarnya merentasi semua lapisan masyarakat dan merangkumi semua aspek kehidupan, pembangunan dan kemajuan. Ia melibatkan penemuan yang memudahkan proses kerja dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti atau mutu hasil kerja secara ketara. Ini termasuklah inovasi teknologi yang melibatkan penghasilan rekacipta bahan baru, dan inovasi sosial yang merangkumi kaedah baru dalam mengurus masyarakat, memudahkan proses kerja dan menyelenggara maklumat. Inovasi juga bukan hanya untuk golongan profesional tetapi perlu difahami oleh masyarakat dari pelbagai taraf sosial tidak kira di bandar atau pedalaman.

‘‘Inovasi kini menjadi pemacu ekonomi negara dalam kita menghadapi cabaran-cabaran global kini. Inovasi bukan milik sesiapa tetapi boleh dimiliki oleh semua, dan jika dijadikan budaya dan amalan hidup ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa. Inovasi adalah kunci kepada kemakmuran dan ketamadunan sesebuah negara. Kita sedar bahawa untuk menjayakan agenda inovasi negara, inovasi seharusnya ‘dimasyarakatkan’ demi memastikan ia dekat di hati rakyat dan mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Memasyarkatkannya terlebih dahulu adalah penting sebelum kita bertindak untuk membudayakannya dalam kehidupan harian.

Seorang petani boleh melakukan inovasi dengan mengubah pisau atau peralatan yang digunakan di ladang supaya mampu menghasilkan lebih banyak produktiviti. Seorang nelayan yang mengubah suai jala untuk menangkap lebih banyak ikan juga melakukan inovasi. Kedua-dua contoh ini adalah inovasi akar umbi. Kuih yang dijual di kampung dan dibungkus dengan menarik mungkin boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Bungkusan baru yang lebih menarik adalah satu inovasi. Nasi lemak yang dijual di kafe gedung membeli-belah lebih mahal berbanding nasi lemak yang disediakan menggunakan ramuan yang sama dan dijual di warung-warung di kampung. Setiausaha Presiden Persatuan Gerak Inovasi Malaysia (InoMa), Syed Aliwi AlQudri berkata, masyarakat Malaysia bagaimanapun tidak mengiktiraf perubahan dan pembaharuan sebagai inovasi. Jadi, kesedaran mengenai kepentingan inovasi perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat seiring dengan kemajuan negara dan perubahan global,” jelasnya ketika ditemui semasa Program Gerak Inovasi di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini yang bertemakan Melestarikan Pembudayaan Inovasi Dalam kehidupan” anjuran Persatuan Gerak Inovasi Malaysia(InoMa)

‘‘Banyak penyelidikan yang dilakukan oleh para profesor tersekat di universiti sekarang kerana para profesor berkenaan adalah ahli akademik dan bukannya orang bisnes. Jadi, agak sukar untuk mereka mewujudkan bisnes hasil daripada penyelidikan yang dilakukan. ‘‘Banyak teknologi yang ada potensi global tetapi terkandas di universiti. Justeru, matlamat InoMa adalah untuk mencari teknologi dan fikirkan bagaimana untuk mengkomersialkan semua itu bagi meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha di kawasan luar bandar”.‘‘Inovasi mesti meningkatkan kualiti hidup, menjana pendapatan serta menjadikan ekonomi Malaysia lebih besar dari semasa ke semasa. Saya sedar tanggungjawab membawa pembaharuan dan menjadikan inovasi satu budaya di Malaysia tidak mudah. Cabaran yang hadapi setakat ini adalah mengubah minda masyarakat untuk menerima pembaharuan demi meningkatkan ekonomi. Orang Malaysia lebih gemar hidup dalam zon selesa tanpa sebarang perubahan. Kita perlu mencontohi budaya di Lembah Silikon, Amerika Syarikat di mana jaringan banyak diwujudkan dan masing-masing berkongsi kelebihan dan kekurangan untuk berkolaborasi meningkatkan pendapatan.

Turut hadir dalam program ini adalah Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah(Presiden InoMa), Dr Zahir Bin Hassan(Timbalan Presiden InoMa),Siti Fazilah Binti Arifin(Setiausaha Kerja InoMa), Prof. Madya Dr. Ir. Sivarao A/L Subramonian (Biro Latihan & Peneribatan InoMa), En. Imran Syakir Bin Mohamad,Hj Ismail Sulaiman(Pengetua SMK Hang Kasturi) dan warga sekolah.